Sunday, October 09, 2016

DIY Kereta Kancil - Pasang Fuel Hose dan Fuel Filter

Kereta kancil ku mengalami engine bergegar..persoalan disini samada Carburator or Distributor!. Pemeriksaan dilakukan..didapati ade kebocoran fuel hose besar ke Tank.

Retak dekat clips

Alang-alang tukar fuel hos baik terus tukar sekali fuel filter lagi pun sebelah tue je fuel filter. 

fuel filter yang lama...huhh teruk nya 15thn tak pernah tukar!


fuel filter yang baru di pasang di bracket


masuk kan semula hos...skrew kan di tempat dia....siap!




Sunday, August 28, 2016

Kereta Proton Persona Meragam !!

         Kereta Persona mengalami kehilangan air dalam radiator...berlaku susur nak masuk ke AEON Wangsa Maju Seksyen 1...alang-alang masuk je lah dalam Shopping Mall. Park kereta kuar terus pergi makan steamboat. Lepas makan steamboat baru lah checking kereta..masalah nya kebocoran tiada!.isi air bg penuh tank. Keluar untuk balik ke Rawang..sampai je kat Bulatan Pahang Temperature naik dengan lajuNya..last behenti di selekoh pekeliling dalam sikit. Call Otai minta bantuan..di Hantarnya Boy Bengkel Pulapol...kereta terpaksa kena Towing sebab gasket terbakar..ade kebocoran..Terpaksalah sewa kereta 4Hari..seperti dia janji siap untuk buat Top Overhaul.

Pengajaran yang dapat dalam kes ini : -


  1.  Kehilangan air dalam Radiator sedangkan radiator tidak bocor.
  2. Bau sedikit hangit di sebabkan gasket Top Engine terbakar sikit
  3. Kesan bunyi seakan-akan ketukan berlaku pada Engine.
  4. Kipas Radiator masih berjalan..sedangkan kereta sudah dimatikan suiz dan dah cabut kunci pun!

Sunday, April 14, 2013

Bersunat Wanita


          Sekarang ramai budak-budak sekolah dari tingkatan 3 yang membuat kerja khusus folio, untuk pertama kali nya pada tahun ini aku menerima pelajar dari tingkatan 6 yang membuat kerja khusus sebegini.Pelajar dari Sekolah Convent Bukit Nenas dalam 3 orang pelajar perempuan yang datang jumpa aku di bilik  Reseach KL. Dalam 3 orang itu salah seorang yang menanyakan aku bahan-bahan tentang bersunat perempuan!       

Untuk itu aku menulis.......

           Bersunat wanita jarang diperkatakan disebabkan kebanyakan perempuan telah bersunat semasa dari bayi lagi.Bersunat juga dipanggil berkhatan dan sesetengah tempat di panggil khitan, masuk jawi biasa digunakan untuk anak-anak lelaki.
          Bersunat perempuan ini biasanya dilakukan dari masa anak itu masih lagi bayi, ada juga dilakukan semasa anak-anak perempuan sedang membesar, biasa masyarakat melayu kita melakukan masa anak-anak masih bayi lagi, tetapi bagi masyarakat Jawa dilakukan masa anak-anak  telah agak besar dalam lingkungan umur 5 ke 7 tahun.
          Ramai yang kurang arif pasal bersunat perempuan disebabkan bersunat perempuan ini banyak juga kontroversinya.Lain tempat lain caranya, kalau di Benua Afrika, masyarakat Islam disana lebih sedikit potongan pada kelentik, ada tempat-tempat tertentu yang membuang keseluruhan kelentik, iaitu membuang keseluruhan biji kelentik (clitoris) itu.Didalam Islam disarankan sedikit sahaja bahagian kulit tutup (clitoral hood) dipotong.
          Bagi masyarakat melayu kita sedikit sahaja dilukakan bahagian penutup kelentik itu, ini untuk menjaga kemuliaan wanita itu.

Lihat proses menyunat dilakukan...



Dan ini.........

Last video bersunat perempuan.....

          Pada padangan aku bersunat ini elok , kita sebagai orang Islam hendaklah mengikuti apa yang sudah Nabi kita sarankan. Bersunat juga memberi kelebihan dalam aspek kebersihan pada wanita itu. Di fahamkan apabila bersunat air akan senang lalui pada tempat itu, ini memudahkan dalam hal-hal kebersihan pada tempat tersebut.
          Sekian.

Wednesday, July 11, 2012

Tulang mengeluarkan buih

           Baru tadi dapat pangilan telefon dari Queen (Mak Aku)...katanya dia dapat pangilan dari kampung..tentang Che Hamid..datuk aku...Tulang datuk aku yang mana, kesan kena patukan ular menggeluarkan buih...aku belum pernah dengar pasal ini..maybe kesan dari sel-sel tulang yang kurang anti bodi nak melawan kumam tersebut kot..

Nasi Kangkang, Nasi Tangas

              Balik kampung masa cuti pertengahan sekolah memang seronok. Apabila lama tak balik kampung macam2 cerita yang kita dapat tahu walaupun zaman sekarang cangih. Ada 1 kisah nak di kongsikan..mula2 terkejut jugak apabila dapat tahu dia beristeri sorang lagi. Banyak andaian yang aku dapat tahu pasal dia...ada mengatakan dia, iaitu si laki tue kena "guna2"..iaitu ilmu pengasih...dan paling teruk terkena buatan orang,yang orang selalu cakap  "memberi makan"...boleh difaham kan ilmu kotor ler. ini yang aku dengar..kita tinggalkan cerita ini.


             Ini cerita lain pulak..tentang Ilmu kotor yang hebat.Ilmu paling hebat yang perempuan ada ...adalah Nasi Kangkang juga dikenali sebagai Nasi Tangas..Sesuatu ilmu yang paling senang dibuat. sebab apa aku kata begitu..sebabnya bahan-bahannya ada di badan perempuan itu.

             Cara nak buat nasi Nasi Kangkang senang saja...biasanya nasi dimasak terlebih dahulu...apabila nasi bergelegak...air hampir nak surut...periuk diangkat ke bawah...proses mengwapkan bermula...biasa perempuan akan langkahkan kaki ..berdiri betul-betul di atas nasi itu...dan periuk nasi itu betul-betul ditengah antara dua kaki..apabila periuk nasi diselubungi kain sarung yang perempuan tue pakai..air peluh mulai  turun..air paling utama yang menjadikan nasi ini mujarat adakah tahi palat..ini pangilan orang-orang tua..bahasa orang putih pangil smegma.....tahi palat adalah normal pada kemaluan perempuan..tahi palat berwarna putih...apabila turun dan masuk ke dalam nasi yang juga bewarna putih....maka nasi tidak berubah warna...klau ada darah haid..mesti nasi bertukar warna merah kan?...si laki tak makan kot...terkejut beruk ada ler...nasi warna merah.

            Apabila proses selesai dalam 5minit kot....nasi akan diangkat untuk hidangan pada mangsa...samada suami ke..orang lain ke...duda ke...terpulang ler...orang macam-macam ragam nak kena kan ..

            Setakat ini lah yang dapat aku cakapkan...aku rasa tidak perlu detail lagi..takut disalah gunakan...HARAM


DI ULANGI INI ADALAH HARAM....

My Mom and Wife

My Mom and Wife

Wednesday, February 08, 2012

KERJA KHUSUS SEJARAH PMR 2012 Bermula......



Soalan sudah keluar...maka bermula lah tugas aku melayan budak2 form 3 datang buat rujukan..

Sunday, December 04, 2011

Amanah

             Sekarang musim percutian sekolah, ramai orang mengambil kesempatan membawa anak-anak bercuti, tidak terlepas jugak jiran aku yang mengambil kesempatan bercuti ke Langkawi. Sepanjang percutian ke Langkawi, aku diamanahkan menjaga keretanya. Takdir tuhan tiada siapa yang boleh menduga, diatas ujian ini dimana kereta jiran aku telah hilang pada malam hari rabu tanggal 30/11/2011.
              Dari apa yang aku dapati masih kumpulan yang sama mencuri kereta sebelum ini..mengikut jiran aku yang telah melihat sebuah kereta Proton Waja berwarna gelap dan sebuah lagi kereta yang dia kurang pasti jenisnya kelihatan pada jam 1:00 pagi malam hari rabu berlengar-legar di sekitar perumahan aku..dia juga melihat dua orang laki yang diletakan pada tangga rumah aku..dimana kereta jiran aku yang dilaporkan hilang..juga ade diletakan orangnya di tangga yang satu lagi. Jiran aku itu balik lewat disebabkan kerja-kerja lebih masa perlu dijalankan kerana hujung tahun. Dia pun amat takut masa nak naik tangga rumah disebabkan dia seorang perempuan.
              Dari kisah ini aku kira kumpulan yang sama menguasai kecurian kereta di sekitar perumahan aku Taman Bukit Rawang Putra, Rawang Selangor. Sebelum ini ada jiran bagi tahu....iaitu Tam's katanya sebuah kereta wira yang hilang petang dalam jam 4:00 ke 5:00 petang diiringi juga oleh kereta waja berwarna hitam dihadapan..dan sebuah lagi di belakang , mereka ini siap singgah minum air di Bandar Rawang.
              Berbalik pada kereta jiran yang hilang itu..mengikut rekod security yang jaga malam..tiada no plat kereta dicatatkan....ini bermakna jaga yang bertugas jaga pintu gate utama itu..tidurrrrrrrrrrrr

Sunday, September 11, 2011

Kemalangan Maut KM 13, Jalan Lipis Ke Benta pada 4/9/2011 - Ops Sikap 24 - 2011

               Perjalanan bermula dari Kota Bharu, Kelantan pada jam 10 pagi..melalui Jalan Kota Bharu ke Kuala Krai..jalan jem apabila mula memasuki kawasan dekat Machang. Aku mengisi minyak di Station Petronas selepas simpang tiga, dan my wife beli air dikedai berhampiran station itu untuk hilangkan dahaga..cuaca pada masa itu boleh dikatakan baik dan panas.

               Pada mulanya ingin berehat di R&R Gua Musang ,tapi bila tengok banyak kereta..aku terus meluncur ke Gua Musang bandar lama untuk makan mee sup dan berehat seketika. Berehat sambil tengok2 anak arnab yang berusia dua bulan jenis Angoria, pemberian kawan suami wife, Abang Yie sebagai tanda kenangan lama tidak berjumpa.

               Setelah berehat , aku mula bertolak semula aku masukkan gear 'D' kereta aku, kereta aku jenis auto dengan kalimat ALLAHHUAKHBAR amalan ini aku amalkan untuk perjalanan jauh aku selain dari BISMILLAH bawa wife, syamin's dan syasya's ke station minyak Caltex untuk mereka ke tandas sekejap, selepas itu terus bertolak ke kuala Lumpur..setibanya selengkoh yang sederhana tidak merbahaya terlihat kereta dari arah bertentangan meluru dengan laju dipercayai terbabas lorong memasuki lorong aku, dalam masa yang sama dihadapan aku ada sebuah motosikal yang menbonceng. My wife pekik dalam saat itu aku mengelak ke bahu jalan kiri aku, dalam saat itu juga motosikal yang didepan aku dilanggar oleh kereta itu dan seterusnya kereta itu melanggar kereta Hilux dibelakang aku..menyebabkan kereta Hilux berpusing ke bahu kanan jalan...kereta gen2 di belakang Hilux melanggar kereta Hilux.

              Kesan dari pelanggaran ini menyembabkan dua penunggang motosikal tercampak ke bahu kiri jalan dibelakang kereta aku..aku yang sempat mengelak pertembungan ini terlanggar jugak motosikal yang terpelanting itu..aku dapat mengawal kereta aku seketika sehinggalah kereta aku masuk longkang V" disebabkan tayar sebelah my wife sudah lari kedudukan sukar bagi aku kawal kereta dari masuk longkang.

             Akibat dari kemalangan ini dua penumpang kereta proton iswara yang terbabas itu maut ditempat kejadian akibat tersempit dan seorang parah. Manakala dua penunggang motosikal cedera parah patah peha dan seorang tenat disebabkan topi keledar yang dipakai terpelanting jauh kedepan kereta aku, mereka dirujuk Hospital Termeloh tapi dipindah ke Hospital Kuala Lumpur. Manakala pemandu kereta hilux cedera didahi, sementara itu pemandu kereta Gen2 cedera di mulut, masing2 menerima jahitan di Hospital Kuala Lipis.

              Kereta aku terpaksa ditarik ke Balai Polis Penjom..aku terpaksa bermalan di Lipis Plaza Hotel , Komplek Taipan disebabkan besok perlu mengambil ujian urine test di IPD Kuala Lipis dan ujian darah di Hospital Kuala Lipis.

              Pengajaran dari kemalangan ini, aku perlu berhati-hati ,beri tumpuan masa memadu sebarang kemungkinan baik dari arah belakang atau didepan. kejadian berlaku secara tiba-tiba tidak dijangkakan.

              Aku bersyukur pada Allah Taala kerana aku dan keluargaku diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Berkat kalimah ALLAHHUAKHBAR..bahwasanya Allah mahal besar dari segala.

Tuesday, July 05, 2011

SIHIR

              Dalam perjalanan balik rumah semalam, di dalam kereta hati rasa tidak sedap!. Dalam hati tertanya2 apa gerangannya. Bila orang rumah telephone maknya. Maknya bagi tahu bahawasanya Cik Chek sakit teruk dari kebiasaan. Disini aku mula memikirkan apakah motif sebenarnya mereka ini. Dalam niat jahat mereka mempergunakan kuasa2 sihir yang jelas memzalimi sesama insan. Sudah agak lama aku mengkaji pasal ini. Aku pun tahu sesetengah pengamal ilmu hitam suka melihat orang menderita kesakitan, agar mereka boleh mengubati pesakit itu, secara tidak langsung mereka mendapat upah.
           Contoh mereka datang urusan lain pada rumah tersebut tetapi mereka meninggal kan sementara belaan mereka seperti Pelesit.meracau empunya rumah..kalau tuan empunya rumah tidak ada kekuatan dalam., mereka mudah dikacau oleh belaan ini. Disini ada dua tujuan samada mereka medapat upah dari seseorang atau mereka mencari rezeki dengan cara begitu.

             Dulu-dulu pengamal ilmu hitam mereka suka tinggal jauh dari rumah orang ramai..mereka suka tinggal hujung kampung. Mereka ini pada dasar nya nampak baik sebab mereka tinggal jauh sikit dari masyarakat kampung jadi hal-hal gosip mereka tidak terlibat secara langsung, tapi orang2 yang dengki akan mencari mereka.

             Apabila rahsia mereka terbongkar yang mereka terlibat dalam permainan hantu, apabila hantu2 mereka diusir keluar dari rumah seseorang mangsa..mereka akan mengunakan cara lain..mereka akan menggunakan kuasa jin..samada jin yang mereka belaan sendiri atau jin yang mereka dapat dari bomoh-bomoh..contoh minyak mati bunuh (minyak dagu pompuan mati bersalin), minyak dari tapaan selubi Tok Pek Khong ( sejenis minyak yang diletak dibawah punggung patung Budhha yang sedang duduk).

Sesungguhnya kuasa ALLAH lagi hebat.