Sunday, September 11, 2011

Kemalangan Maut KM 13, Jalan Lipis Ke Benta pada 4/9/2011 - Ops Sikap 24 - 2011

               Perjalanan bermula dari Kota Bharu, Kelantan pada jam 10 pagi..melalui Jalan Kota Bharu ke Kuala Krai..jalan jem apabila mula memasuki kawasan dekat Machang. Aku mengisi minyak di Station Petronas selepas simpang tiga, dan my wife beli air dikedai berhampiran station itu untuk hilangkan dahaga..cuaca pada masa itu boleh dikatakan baik dan panas.

               Pada mulanya ingin berehat di R&R Gua Musang ,tapi bila tengok banyak kereta..aku terus meluncur ke Gua Musang bandar lama untuk makan mee sup dan berehat seketika. Berehat sambil tengok2 anak arnab yang berusia dua bulan jenis Angoria, pemberian kawan suami wife, Abang Yie sebagai tanda kenangan lama tidak berjumpa.

               Setelah berehat , aku mula bertolak semula aku masukkan gear 'D' kereta aku, kereta aku jenis auto dengan kalimat ALLAHHUAKHBAR amalan ini aku amalkan untuk perjalanan jauh aku selain dari BISMILLAH bawa wife, syamin's dan syasya's ke station minyak Caltex untuk mereka ke tandas sekejap, selepas itu terus bertolak ke kuala Lumpur..setibanya selengkoh yang sederhana tidak merbahaya terlihat kereta dari arah bertentangan meluru dengan laju dipercayai terbabas lorong memasuki lorong aku, dalam masa yang sama dihadapan aku ada sebuah motosikal yang menbonceng. My wife pekik dalam saat itu aku mengelak ke bahu jalan kiri aku, dalam saat itu juga motosikal yang didepan aku dilanggar oleh kereta itu dan seterusnya kereta itu melanggar kereta Hilux dibelakang aku..menyebabkan kereta Hilux berpusing ke bahu kanan jalan...kereta gen2 di belakang Hilux melanggar kereta Hilux.

              Kesan dari pelanggaran ini menyembabkan dua penunggang motosikal tercampak ke bahu kiri jalan dibelakang kereta aku..aku yang sempat mengelak pertembungan ini terlanggar jugak motosikal yang terpelanting itu..aku dapat mengawal kereta aku seketika sehinggalah kereta aku masuk longkang V" disebabkan tayar sebelah my wife sudah lari kedudukan sukar bagi aku kawal kereta dari masuk longkang.

             Akibat dari kemalangan ini dua penumpang kereta proton iswara yang terbabas itu maut ditempat kejadian akibat tersempit dan seorang parah. Manakala dua penunggang motosikal cedera parah patah peha dan seorang tenat disebabkan topi keledar yang dipakai terpelanting jauh kedepan kereta aku, mereka dirujuk Hospital Termeloh tapi dipindah ke Hospital Kuala Lumpur. Manakala pemandu kereta hilux cedera didahi, sementara itu pemandu kereta Gen2 cedera di mulut, masing2 menerima jahitan di Hospital Kuala Lipis.

              Kereta aku terpaksa ditarik ke Balai Polis Penjom..aku terpaksa bermalan di Lipis Plaza Hotel , Komplek Taipan disebabkan besok perlu mengambil ujian urine test di IPD Kuala Lipis dan ujian darah di Hospital Kuala Lipis.

              Pengajaran dari kemalangan ini, aku perlu berhati-hati ,beri tumpuan masa memadu sebarang kemungkinan baik dari arah belakang atau didepan. kejadian berlaku secara tiba-tiba tidak dijangkakan.

              Aku bersyukur pada Allah Taala kerana aku dan keluargaku diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Berkat kalimah ALLAHHUAKHBAR..bahwasanya Allah mahal besar dari segala.